comscore
Tumpuan :
Nasional

Mewarnakan anak-anak ayam tidak termasuk dalam kategori penganiayaan – DVS

DVS menjelaskan perbuatan mewarna anak-anak ayam tidak dikategorikan sebagai satu penganiayaan. – Foto hiasan

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan anak-anak ayam berwarna-warni yang dipamerkan sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 berada keadaan yang baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau penderitaan.

DVS menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, mewarnakan anak-anak ayam tidak termasuk di dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan kepada haiwan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Pihak pempamer telah mematuhi semua keperluan kebajikan haiwan dan perbuatan mewarnakan anak-anak ayam itu tidak dikategorikan sebagai penganiayaan selagi warna dan kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan tersebut.

“DVS ingin menasihatkan semua pihak untuk membuat rujukan dengan pihak berkuasa veterinar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan mengundang provokasi,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video video berkaitan ‘penyeksaan haiwan secara terbuka di MAHA 2024’ yang dimuat naik pada 13 September 2024 oleh individu yang dipercayai seorang pengamal veterinar berdaftar melalui hantaran video di platform TikTok miliknya.

Dalam pada itu, DVS turut memaklumkan bahawa pegawai kebajikan haiwan telah ditempatkan di MAHA 2024 dan membuat pemantauan ke atas kebajikan kesemua haiwan yang terlibat d dalam pameran yang berlangsung dari 11 – 22 September 2024 di MAEPS, Serdang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini