comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mid Valley terbakar: Minyak penyejuk kabel punca kebakaran

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan siasatan awal kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.

“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.

Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.00 pagi tadi sebuah bilik pencawang masuk utama ke bilik transformer di bangunan Mid Valley berkeluasan 1,600 kaki persegi.

Ujarnya, seramai 40 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Seputeh, BBP Sri Hartamas digerakkan ke lokasi kejadian.

Loading...
Terkini