Tumpuan :
Nasional

MIHAS@Dubai: TPM yakin jumlah eksport lebih RM 1 bilion

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

DUBAI: Hari pertama Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024 mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila nilai jualan eksport mencecah RM 500 juta.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berdasarkan momentum itu, beliau melihat potensi nilai keseluruhan melepasi sasaran berjumlah satu bilion ringgit.

“Kita tahu MIHAS di Dubai yg diadakan pertama kali raih kejayaan yang sangat memberangsangkan dan ini menjadi satu galakan utk pengusaha daripada Malaysia daripada orang Islam atau bukan Islam utk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pasaran produk halal yg dikeluarkan negara kita dapat dipasarkan bukan saja ke negara-negara islam tapi bukan islam yang memerlukan piawaian halal”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan tapak pameran Mihas@ Dubai di Pusat Dagangan Dunia disini hari ini

Jelasnya, ekspo terbabit telah meningkatkan ekosistem halal Malaysia dengan menyediakan platform untuk 215 syarikat Malaysia menonjolkan kecemerlangan dan kepelbagaian produk serta perkhidmatan halal.

“Kedudukan Dubai sebagai hab perdagangan global memberikan akses kepada ekosistem perniagaan Malaysia untuk memasuki pasaran GCC dan MENA yang lebih luas.”

“Ekspo terbabit membuka lembaran baharu bagi perniagaan Malaysia untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang kini mencecah lebih 490 juta pengguna, seterusnya memupuk kerjasama yang bermakna dan mendorong pertumbuhan jangka panjang.”

“Pada 10 bulan pertama tahun ini, perdagangan Malaysia dengan negara-negara GCC meningkat sebanyak 1.8 peratus, mencecah RM 87.30 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.”

Katanya dari Januari hingga Oktober tahun ini, perdagangan dengan UAE mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.8 peratus, mencecah RM 36.73 bilion.

Tambah Datuk Seri Zahid berkata UAE kekal sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia di GCC, menyumbang 55.3 % atau RM 12.03 bilion daripada jumlah eksport keseluruhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini