comscore
Tumpuan :
Nasional

“Minah Rempit” bangga tayang saman

JASIN: Sekumpulan penunggang motosikal wanita bagaikan tidak terkesan dan berbangga biarpun disaman polis trafik malah mereka memuat naik video berkaitan ke aplikasi TikTok.

Berdasarkan video tular sejak Selasa lalu jelas menunjukkan mereka begitu ceria dan tertawa sambil menunjukkan notis saman diterima masing-masing tidak kurang daripada tiga.

Video berdurasi 22 saat itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang daripada mereka di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini sebelum tular.

@buletintv3 “Minah Rempit” bangga tayang saman #buletintv3 #beritaditiktok #minahrempit #rempit ♬ original sound BuletinTV3

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kumpulan wanita itu sebahagian daripada penunggang motosikal yang diperiksa dan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Katanya, operasi itu dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang susulan maklumat diterima mengenai konvoi motosikal bakal memasuki daerah ini pada Ahad lalu.

“Bertindak atas maklumat itu Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menjalankan Ops Samseng Jalanan di sekitar daerah Jasin.

“Kita menahan dan membuat pemeriksaan penuh terhadap motosikal di laluan motosikal Plaza Tol Lipat Kajang dan berjaya menahan 101 motosikal pelbagai jenis dan membuat pemeriksaan terhadap 105 individu.

“Sebanyak 27 motosikal dibawa ke IPD Jasin untuk pemeriksaan lanjut terhadap nombor badan dan casis.

“Hasilnya 155 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang mana turut membabitkan kumpulan penunggang wanita itu,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, saman paling tinggi membabitkan nombor plat iaitu 22 notis, diikuti tiada cermin sisi (19), ubah suai (16) dan masing-masing 15 saman bagi aksesori tidak sempurna dan lesen taman tempoh.

Loading...
Terkini