comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Minggu Perpaduan semarakkan semangat rakyat – PM

KUALA LUMPUR: Penganjuran Minggu Perpaduan  penting bagi menyemarakkan semangat rakyat di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas beliau,  ia juga mampu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat malaysia.

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

Menerusi catatan di laman facebook, Anwar memaklumkan beliau menghadiri majlis sambutan Minggu Perpaduan negara peringkat kebangsaan di Kuching semalam.

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

“Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di kuching,” katanya.

Perasmian majlis itu, yang bertemakan ‘perpaduan dalam kepelbagaian,’ disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri kabinet.

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

Minggu Perpaduan 2023, yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei, turut diadakan di 15 lokasi antaranya Dataran Bertam di Pulau Pinang, dewan masyarakat Papar, Sabah, dataran tasik Kluang di Johor dan pusat rekreasi pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Loading...
Terkini