comscore
Tumpuan :
Nasional

Minta pimpinan BERSATU baca Perlembagaan sepenuhnya – PM Anwar

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Keputusan pengekalan kerusi enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang dilakukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul adalah berdasarkan Perlembagaan dan mengikut tafsiran undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan meminta Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya membaca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan berhubung akta anti lompat secara keseluruhan, dan bukan diambil sebahagiannya sahaja.

“Ia mengikut undang-undang, bukan soal Perdana Menteri, soal ketua pembangkang, dia ikut undang-undang dan tafsiran undang-undang itu serah kepada Speaker”

“Saya tidak tahu mengapa dia pilih untuk baca sebahagian dan tinggal sebahagian, itu mungkin kaedah kerja politik BERSATU lah”

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika ditanya berhubung enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, kekal sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar menjelaskan, ketika berada dalam pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sendiri yang mencadangkan supaya mana-mana ahli parti yang dipecat supaya digugurkan secara automatik sebagai Ahli Parlimen.

“Kita yang berkeras mahu masukkan bahagian kalau dipecat sekalipun mesti gugur tapi ditentang BERSATU pada ketika itu”

“Sebab itu dimasukkan dalam terkecuali, jadi kena baca Perlembagaan,” ujar Perdana Menteri lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini