comscore
Tumpuan :
Nasional

Miskin tegar di Terengganu akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan

KUALA NERUS: Kerajaan Madani tekad untuk menyelesaikan masalah miskin tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 1,663 keluarga miskin tegar akan dibantu.

Justeru bagi meastikan perkara itu berlaku, perlu kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Kita mahu memuktamadkan isu miskin tegar dalam tempoh dua bulan dengan syarat Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerjasama erat, Inshallah dapat noktahkan isu miskin tegar”, katanya.

Perdana Menteri Berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

Jelas Datuk Seri Anwar lagi, golongan sasar itu perlu dibantu segera supaya dapat meringankan beban mereka.

Tambah Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan tidak sesekali meminggirkan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Saya maklumkan kepada Menteri Besar Terengganu Kerajaan Persekutuan tidak pernah tinggal atau meminggirkan Kerajaan negeri demi kepentingan rakyat”, ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini