Tumpuan :
Nasional

Misteri terungkai, mayat berlipat dalam bagasi berulat

Penduduk Taman Cheras Perdana menemui bagasi yang berbau busuk serta berulat dan dihurung lalat.

KAJANG: Bau busuk membongkarkan penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui dalam longkang di Taman Cheras Perdana, di sini.

Difahamkan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini