comscore
Tumpuan :
Nasional

MITI bincang hala tuju industri tempatan di Kedah

Foto FB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, hari ini.

ALOR SETAR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Tengku Zafrul berkata, beliau berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

“Sebelum memulakan lawatan, kita ziarah tuan rumah dulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi, di kediaman rasmi beliau, Seri Mentaloon. Ini merupakan lawatan pertama saya ke Kedah sebagai Menteri MITI.

“Kami berbincang mengenai hala tuju industri tempatan dan berkongsi pendapat bagi merancakkan pelaburan dan industri termasuk memakmurkan program ‘Negara Madani’ di Kedah,” katanya.

Beliau berharap kunjungan itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara MITI dan Kerajaan negeri Kedah dalam memakmurkan sektor pelaburan dan industri negara. – BERNAMA

Loading...
Terkini