Tumpuan :
Nasional

Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai peguam negara baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia (pelantikan Mohd Dusuki) bagi menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Terriruddin sepanjang menjadi peguam negara.

Mohd Dusuki yang berusia 57 tahun dan berasal dari Machang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini