comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohd Khairi dilantik Ketua Polis Terengganu baharu

KUALA TERENGGANU: Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang bertukar ke agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu, bagi menyandang jawatan menggantikan Datuk Mohd Khairi.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di sebuah dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan.

Sementara itu, Datuk Mohd Khairi berkata, pelbagai pencapaian telah direalisasikan sepanjang mengetuai Kontinjen Terengganu sejak menjadi Ketua Polis negeri pada 3 Mei tahun lalu.

“Antara pencapaian dijalankan ialah penurunan kadar indeks jenayah, pencapaian tempat pertama Ops Selamat Aidilfitri 2024 serta kelancaran Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK),” ujarnya.

Selain itu, Datuk Mohd Khairi menyatakan beliau yang mempunyai pengalaman selama 32 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu menggunakan pengalaman dengan Unit Tindakan Khas (UTK) dan NADMA bagi memacu kejayaan Kontinjen Terengganu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini