comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mohd Noor Hamzah hadir bicara kes Petisyen PRU-15 Parlimen Marang

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Waran itu dikeluarkan kerana beliau gagal hadir untuk memberi keterangan bagi perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Parlimen Marang.

Pagi tadi Mohd Noor akhirnya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan bersabit kes.

Rabu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung itu.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi Awang, hadir buat Kali pertama bagi memberi keterangan bersabit yang sama.

Ketika ini providing masih lagi berlangsung.

Loading...
Terkini