comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Monopoli Touch ‘n Go mungkin ditimbang semula 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan monopoli Touch ‘n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Beliau berkata Touch ‘n Go sudah beroperasi selama dua dekad, namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.

Menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk melihat semula Touch ‘n Go, Anwar berkata: “saya rasa anda betul”.

“Kita akan menimbangkannya semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan buat julung kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang untuk bertanya terus kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pemerkasaan belia.

Ketika program itu, Anwar menerima hampir 100 soalan berhubung pelbagai perkara termasuk pengangkutan awam, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan peluang pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk anak muda.

Loading...
Terkini