comscore
Tumpuan :
Nasional

MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi

FOTO: NSTP

SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, peruntukan itu adalah bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan, sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.

“Kalau lebih ramai pelancong mari, industri kita semua boleh maju terutama makanan, restoran, hotel dan logistik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pesta Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.

Beliau berkata, beberapa penerbangan sewa khas dan tambahan dari luar negara semakin meningkat ke Semenanjung dan perkara sama juga diharapkan di Sabah.

Pihaknya juga sentiasa berusaha mempromosikan destinasi pelancongan di negeri itu dan meminta penduduk di kawasan tepi laut atau pulau supaya mengamalkan kebersihan di perairan negara dan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah ke laut.

“Saya berharap penduduk berkenaan tidak memikirkan saya menghina atau pandang rendah pada mereka tetapi saya minta kerjasama daripada mereka untuk perkembangan ekonomi kita,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini