comscore
Tumpuan :
Nasional

Motosikal rempuh lori, 2 beranak maut

Keadaan motosikal yang merempuh lori di tepi jalan menyebabkan seorang ibu bersama anak terkorban, dalam kejadian di Kampung Durian Guling, Marang. Foto ihsan PDRM

MARANG: Dua beranak maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah lori di tepi jalan Kilometer 21, Kampung Durian Guling, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa berkata, kejadian kira-kira jam 2.25 pagi membabitkan mangsa berusia 22 tahun dan dua tahun yang berasal dari FELDA Bukit Bading.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal bersama anaknya dari arah Kampung Gondang, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Bading, Ajil.

“Manakala sebuah lori ketika itu sedang parkir di bahu kiri jalan dan sebaik tiba di tempat kejadian mangsa disyaki merempuh belakang lori di sebelah kanan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah di hantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Nik Nur Farhanim Nik Mohamed Fauzi di talian 010 2840273 atau 096182222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini