comscore
Tumpuan :
Nasional

MPB anjur jamuan raya untuk rai kakitangan

KUALA LUMPUR: Setelah tiga tahun Aidilfitri disambut sederhana akibat pandemik COVID-19.

Media Prima Berhad meneruskan tradisi tahunan sebelum ini dengan menganjurkan jamuan raya untuk meraikan kakitangan.

Bertemakan ‘Seindah Kasih Colorpop Raya’, majlis memberi ruang kakitangan dan pihak pengurusan kanan Media Prima mengeratkan lagi hubungan.

“Ni majlis sambutan hari raya untuk warga kerja Media Prima yang telah menjadi tradisi pada syarikat kita cuma bila MCO COVID PKP dah tiga tahun kita takda aktiviti yang macam ni. So ni first time balik lah kita buat selepas tiga tahun dan kita ada persembahan dari staff. Hari ini sungguh meriah lah dengan performance dari platform dan department di Media Prima ni,” kata Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Media Prima, Nor Azlin Redzwan.

Bagi mengeratkan lagi hubungan setiap jabatan, persembahan diadakan dengan gabungan warga kerja dan pihak pengurusan tertinggi.

Warga kerja yang hadir turut teruja dengan majlis yang dianjurkan tertutama yang pertama kali menghadiri majlis sebegini.

Baki beberapa hari lagi Syawal juga menjadi ruang untuk warga kerja saling beramah mesra dan mengambil kesempatan bermaafan.

Sambutan Aidilfitri warga kerja Media Prima diadakan di dua lokasi iaitu di Balai Berita Bangsar dan Sri Pentas, Bandar Utama.

Majlis dihadiri Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali serta barisan pengurusan kanan yang lain.

Selain pelbagai jenis juadah, warga kerja turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan.

Loading...
Terkini