comscore
Tumpuan :
Nasional

MPB sahut saranan kekal jadi sumber berita sahih negara

Oleh Syafiqah Damanhuri

CYBERJAYA: Media Prima Berhad (MPB) sahut saranan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk kekal menjadi saluran media yang menyampaikan berita sahih kepada masyarakat.

Fahmi yang menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Kumpulan MPB di Menara 1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata beliau melihat peranan media seperti MPB boleh menggunakan pengaruh yang ada dengan semua pembaca dan penonton untuk membantu dalam mewujudkan budaya semak sebelum sebar.

“Dalam keadaan memupuk perpaduan, sebarang salah faham dan fitnah matlumat palsu perlu dikekang. Sekaligus menjadikan masyarakat di Malaysia sama-sama menjaga dan mempertahan dan membangunkan negara.”

“MPB dilihat sangat bersedia dalam melaksanakan usaha murni tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid berkata pihaknya bersedia memperkukuh kerjasama sedia ada dengan Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Kami menyahut saranan Menteri Komunikasi dan Digital untuk menjadikan Media Prima selaku kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia dalam menyediakan berita sahih kepada umum.”

Turut hadir dalam pertemuan berkenaan, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan MPB, Azlan Bin Abdul Aziz

Loading...
Terkini