comscore
Tumpuan :
Nasional

MPB Sedia Kerjasama Erat Dengan Kerajaan

Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Syed Hussian Aljunid (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Nazri Noran (kiri

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), akan terus memainkan peranan dan tanggungjawabnya selaku media profesional dalam menyampaikan berita yang tepat kepada masyarakat.

Ujar Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Syed Hussian Aljunid, kerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat juga menjadi tanggungjawab utama kumpulan itu.

“Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mewar-warkan berita benar. Sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri ada menyentuh berita tular dan tidak benar dan beliau turut berkongsi pendapatnya,” katanya selepas mengiringi Perdana Menteri ketika kunjungannya ke empat rangkaian radio MPB di Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Nazri Noran berkata perkongsian Datuk Seri Ismail Sabri mengenai kehidupan peribadinya antara yang menarik untuk dikongsikan bersama pendengar.

“Perdana Menteri pada saya seperti orang biasa juga, minat, kerjaya politik dan kehidupannya bersama keluarga antara yang jarang dikongsi kepada umum. Jarang untuk kita dengar perkara sedemikian kecuali perkara-perkara yang serius mengenai negara dan kerajaan dalam laporan berita,”ujarnya.

Loading...
Terkini