comscore
Tumpuan :
Nasional

Muhyiddin, Khairy, Zafrul berdepan siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

Siasatan itu dijalankan SPRM, susulan laporan yang diterima daripada pihak tertentu, yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik itu melanda negara mulai 2020.

Ketika pentadbiran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Khairy yang juga Menteri Sains dan Teknologi pada permulaan pentadbiran Muhyiddin, kemudiannya bertukar portfolio itu dengan Datuk Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini