comscore
Tumpuan :
Nasional

Muka sauk LRA Wang Maju keruh: LUAS buka kertas siasatan

Petugas LUAS melakukan pensampelan di kawasan Sungai Pasir dan Sungai Gombak disyaki sebagai punca kekeruhan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju, semalam.-Foto: LUAS /Facebook

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuka kertas siasatan susulan kekeruhan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, LUAS memaklumkan pemerhatian di lapangan mendapati terdapat aliran daripada projek tapak kuari dan projek pembangunan ke Sungai Pasir dan Sungai Gombak disyaki menyumbang kepada kekeruhan itu.

Katanya, pensampelan dijalankan terhadap penemuan berkenaan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa lanjut.

“Kertas siasatan dibuka dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan Seksyen 79(1)(c) Enakmen Luas 1999,” katanya.

Sebelum itu, LUAS dilapor mengesan kekeruhan di muka sauk LRA Wangsa Maju melebihi 400 NTU kira-kira 4 petang semalam yang membawa kepada henti tugas LRA itu.

Dalam pemeriksaan awal, pihak itu mengesan hakisan tanah semula jadi di kawasan hutan simpan berhampiran yang turut menyumbang kekeruhan di muka sauk LRA Wangsa Maju.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini