comscore
Tumpuan :
Nasional

Mulai 1 Jun, kod QR akan ganti pasport di CIQ BSI, KSAB

Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI). -FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Bermula 1 Jun ini, rakyat Malaysia boleh menggunakan kod QR berbanding pasport untuk pelepasan imigresen di Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, fasa pertama penggunaan kod QR ini khusus bagi pengguna bas di BSI, dan penunggang motosikal laluan M-Bike di KSAB.

Katanya, fasa pertama bagi percubaan kod QR ini akan berlangsung tiga bulan sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan lain selepas itu.

“Jika fasa pertama percubaan penggunaan kod QR ini lancar dan tiada masalah, kita akan buka kepada rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan persendirian sebelum diperluaskan kepada warganegara asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kesesakan Di Tambak Johor, di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini