comscore
Tumpuan :
Nasional

Murid perempuan maut digilis treler ketika pulang dari sekolah

Anggota bomba membantu menguruskan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Telok Gong, pagi tadi.

SHAH ALAM: Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika  pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang .

Loading...
Terkini