comscore
Tumpuan :
Nasional

MYCC diminta kaji isu kewujudan kartel dalam pengimportan makanan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) diarah mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam pengimportan barangan berasaskan makanan.

Arahan itu diberi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarah melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tata kelola dan pengimportan barangan halal.

Kerajaan mencari formula yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan.

Antara yang dipersetujui, setiap agensi kawal selia berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada jemaah menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisis risiko import.

Loading...
Terkini