comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mydin Manjoi terbakar

 

IPOH: Pasar raya besar Mydin di Manjoi di sini terbakar jam 7 malam tadi.

Ini adalah kejadian kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan pada 7.09 malam dan sepasukan bomba dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas,” katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Setakat jam 10 malam, kelihatan Pasukan Forensik Kebakaran, 6 jentera bomba, 3 bomba sukarelawan, dan anggota polis berada di lokasi kejadian.

Orang awam diarahkan untuk beredar dan menjauhi lokasi kerana kebakaran yang bermula dari bilik suis TNB di bahagian atas pasaraya, telah merebak ke bahagian bawah dan ada risiko berlakunya letupan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini