comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas 3 kenderaan, pemandu lori muatan sejuk beku maut

FOTO: Ihsan IPD Jasin

JASIN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 186.8, arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Azmizan Stapa,39, tersepit di tempat duduk pemandu di dalam lori Isuzu yang remuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori Nissan UD dipandu lelaki berusia 43 tahun yang membawa muatan ayam dari Muar ke Tanjung Malim, Perak memperlahankan kenderaan ketika sampai di tempat kejadian disebabkan terdapat kerja-kerja penyelenggaran di hadapan.

“Pada masa yang sama datang lori mangsa membawa muatan sejuk beku dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang lori berkenaan hingga bergerak ke hadapan dan terlanggar pula bahagian belakang lori jenis Hino.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu lori Isuzu mengalami kecederaan parah di kepala akibat tersepit dan disahkan maut oleh paramedik yang merawat.

“Dua lagi pemandu lori terbabit dan dua penumpang lori Nissan UD tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini