comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas 7 kenderaan, semua laluan Gopeng-Simpang Pulai kini dibuka sepenuhnya 

IPOH: Selepas lebih 8 jam ditutup ekoran nahas tujuh kenderaan, semua laluan di kilometer 288.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Gopeng-Simpang Pulai, di sini, dibuka sepenuhnya.

Menerusi ciapan di laman sosial X, PLUS Malaysia Berhad memaklumkan, semua lorong arah utara serta lorong kanan arah selatan di situ sudah dibuka sejak jam 3.53 petang tadi, dengan laluan kontra juga sudah dinyahaktifkan.

Bagaimanapun, keadaan trafik semasa masih perlahan sepanjang 19 kilometer (km) arah utara serta empat kilometer arah selatan, iaitu selepas semua laluan ditutup sepenuhnya sejak jam 7.38 pagi tadi susulan nahas itu.

Trafik dilaporkan tidak bergerak di kedua-dua arah sejak jam 8.05 pagi sehingga jam 1.51 tengah hari apabila semua lorong arah utara ditutup dan laluan kontra mula diaktifkan.

Semua lorong arah lorong arah mula dibuka jam 3.42 petang menyaksikan laluan kontra juga dinyahaktifkan namun keadaan trafik masih sesak bagi kedua-dua arah.

Loading...
Terkini