Tumpuan :
Nasional

Nahas 7 maut: Panggilan tidak berjawab berakhir tragis

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bertemu dengan ahli keluarga dan waris yang terlibat dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Jabatan Forensik Hospital Melaka. -FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

MELAKA: Panggilan telefon tidak berjawab berakhir dengan berita memilukan buat keluarga Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi, 32, yang merupakan antara mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara, malam tadi.

Allahyarham Khairul Ikhwan merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur.

Bapamangsa, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, berkata anaknya itu seorang yang bersifat sopan santun dan kehilangannya amat dirasai beliau dah ahli keluarga lain.

“Dia ini daraipada kecil lagi seorang sopan santun tak pernah meninggikan diri tak pernah meninggikan kata-kata,begitu juga menantu saya jadi amat terkejut kehilangan,takdir allah sapa boleh tahu yang mana kita ‘expect ’malam tadi dia balik rupa-rupanya itulah perjalan terakhir,” katanya.

Turut terkorban adalah isteri mangsa, Fadzlenna Ramli, 32, anak bongsu, Muhammad Umar, 2; serta bapa dan ibu mentuanya, Ramli Ab Wahab, 66 dan Fauziah Jaafar, 69.

Menurutnya, dua lagi anak Allahyarham kini masih dirawat di Hospital Melaka, anak sulung mangsa mengalami kecederaan parah dan masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala anak keduanya pula berada dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di wad biasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini