comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas bas-treler: Pemandu bas rentung

GURUN: Seorang pemandu bas ekspres rentung apabila bas yang dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, di sini, awal pagi ini.

Bagaimanapun enam orang termasuk pembantu pemandu bas, empat penumpang dan pemandu treler selamat.

Bas ekspres yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun, di sini awal pagi hari ini. FOTO: NSTP/ Ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Razali, berkata sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Awa Suziana Abd Wahid dan dibantu pasukan BBP Aman Jaya serta BBP Pendang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.02 pagi.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran bas.

“PGO Kedah kemudian mengarahkan jentera empat jentera termasuk EMRS ke lokasi kejadian selain bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gurun yang turut dikerah ke lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Fauzi berkata, Komander Operasi melaporkan, sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah treler.

Beliau berkata, bas itu dipercayai terbakar akibat kemalangan yang mana terdapat seorang mangsa iaitu pemandu bas tersepit dan ditemukan rentung.

Bagaimanapun, katanya, enam mangsa lagi termasuk empat penumpang dalam bas ekspres dan pemandu treler terselamat.

“Pemandu bas yang maut dianggarkan berusia 42 tahun manakala lima mangsa termasuk penumpang dan pembantu pemandu berusia antara 19 hingga 57 tahun dan pemandu treler berusia 32 tahun.

“Operasi pemadaman lanjut dan pengurusan mangsa di tempat kejadian masih dilakukan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini