comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas dua kenderaan, 8 cedera 

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Lapan termasuk dua kanak-kanak perempuan cedera, selepas dua buah kereta terbabas dan terjunam dari tebing jalan sedalam 8 meter, di Jalan Tenggaroh Selatan 1, Felda Tenggaroh Selatan, dekat sini, petang tadi.

Kemalangan berlaku jam 3.20 petang tadi, membabitkan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki 4 orang termasuk dua kanak-kanak perempuan.

Manakala sebuah lagi kereta jenis Honda HRV yang dinaiki dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebuah jentera bersama 6 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Wahid.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Loading...
Terkini