comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas dua kenderaan, peniaga wanita maut

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7.0 Jalan Kuala Sedili-Sedili Kechil petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam lebih kurang jam 3.45 petang.

Mangsa yang maut ialah pemandu Toyota Avanza iaitu wanita tempatan berumur 58 tahun yang bekerja sebagai peniaga.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian anggota badan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu Proton Saga, seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun bersama isteri berumur 30 tahun dan anak perempuan berumur 6 tahun, mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Hussin, mayat telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tujuan prosedur siasatan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Loading...
Terkini