comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Nahas dua kereta, tiga maut termasuk dua rentung

SEGAMAT: Tiga maut termasuk dua rentung, manakala seorang parah dalam kemalangan babit dua kenderaan di Kilometer 172.2 Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, dekat sini petang tadi.

Hoo Kok Yong, 35, dan Wong Chee Choy, 62, terperangkap dalam sebuah Mercedes Benz, rentung dalam kemalangan di Jalan Segamat-Labis itu, manakala seorang lagi dalam kereta sama, Lee Lam Chai, 67, cedera parah dan terbakar 70 peratus.

Mangsa ketiga yang maut, Chong Jui Chat, 67, memandu Toyota Sienta yang terbabas ke dalam cerun sedalam kira-kira lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 6.24 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati kemalangan membabitkan sebuah Mercedes Benz dan sebuah Toyota Sienta.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mayat ketiga-tiga lelaki telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat (HDS), begitu juga mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini