comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Helikopter TLDM: Mindef akan keluarkan laporan awal esok

Oleh Shuhadah Marzuki

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan akan mengeluarkan laporan awal nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata laporan lengkap nahas yang mengorbankan 10 mangsa itu dijangka siap dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi.

“Menteri Pertahanan, (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) memaklumkan kepada kabinet, laporan awal akan diterbitkan esok.

“Untuk makluman semua ini adalah laporan awal bukan maklumat keseluruhan.

“Kita jangkakan laporan penuh akan siap 2 ke 3 minggu akan datang,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet.

Dalam insiden yang berlaku pada 24 April lalu seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Susulan nahas, TLDM menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini