comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas kereta dengan bas ekspres, seorang maut

Pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Gen2 yang dinaiki dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dengan bas ekspres. – FOTO: Ihsan JBPM

NIBONG TEBAL: Kemalangan kereta dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, di sini, awal pagi tadi menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.36 pagi berhubung insiden berkenaan.

Insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan bas ekspres yang mengorbankan seorang lelaki di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap. FOTO: Ihsan JBPM

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Gen2 yang dinaiki dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dengan bas ekspres.

“Dua mangsa telah tersepit di ruang pemandu dan penumpang. Anggota kemudian menjalankan kerja mengeluarkan mereka berdua dalam kenderaan terbabit.

“Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi manakala seorang lagi cedera di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat dan mangsa cedera turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini