KEMAMAN: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 154 jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam semalam, direman empat hari, bermula hari ini hingga Selasa.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Wan Suhaila Mohd mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel berkaitan: Jenazah tiga sekeluarga dikebumikan satu liang lahad
Lelaki berusia 44 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, seorang bapa dan dua anak lelakinya termasuk bayi berusia setahun maut selepas kenderaan Naza Citra yang dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh sebuah lori dipercayai mempunyai masalah brek.
Mangsa, Ammir Hussein Mohamad, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 12 bulan, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.
Isteri mangsa, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang memandu kenderaan itu dan sedang hamil, cedera di bahagian perut telah dibenarkan keluar dari hospital sama .
Manakala anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.