comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas membabitkan dua pacuan empat roda, lelaki maut 3 lagi cedera 

FOTO: Ihsan Bomba

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuklah dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Dewata, Batu 21, di sini, hari ini.

Menurut Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

FOTO: Ihsan Bomba

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. Kenderaan pertama dinaiki empat individu dan semuanya tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Manakala Toyota Hilux kedua terdapat empat mangsa dan seorang disahkan meninggal dunia manakala tiga termasuk kanak-kanak cedera,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini