Tumpuan :
Nasional

Nahas motosikal terbabas langgar penghadang jalan akibatkan remaja maut

Motosikal mangsa yang menghalang penghadang jalan di Kilometer 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai. – Foto ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggang merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa, Abdul Aziz Shah Mohamed, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada kepala dan perut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dipercayai dari arah Kuala Krai menghala ke arah Gua Musang terbabas ketika melalui selekoh lalu melanggar penghadang besi di sebelah kiri bahu jalan.

“Mangsa terjatuh dan parah pada kepala, selain luka pada perut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat dibawa ke Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini