
Oleh: Kumaran Rajamoney
SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan melibatkan motosikal dengan sebuah trak tentera di kilometer 87 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di sini, sekitar jam 2 petang tadi.
Mangsa, Ridzuan Salleh@ Ramli, 41 dan isterinya Rosmawati Ismail, 39 maut selepas yang ditunggangi bergerak laju dari arah Alor Setar dan melanggar bahagian belakang trak.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan, impak pelanggaran yang kuat telah menyebabkan motosikal itu terbakar di tengah jalan.
“Penunggang maut di tempat kejadian disebabkan mengalami kecederaan melecur di bahagian badan manakala isterinya pula maut ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Abdul Halim.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan ke unit forensik hospital itu bagi tujuan bedah siasat.
Kedua-dua pemandu dan penumpang jip tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.