Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
AMPANG: Keluarga salah seorang mangsa yang maut dalam nahas kemalangan membabitkan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, reda dengan pemergian anaknya.
Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada arwah Khairil Anuar Jamaludin, berkata, keluarga mereka menyerahkan kepada pihak mahkamah mengenai tindakan yang akan dikenakan kepada wanita berkenaan.
“Nak cakap saya akan berdendam, saya takkan berdendam, nak dendam macam mana benda sudah berlaku.
“Di dunia kita malaslah nak berdendam, biarlah mahkamah, polis jalankan siasatan.
“Kita (keluarga) terima apa yang berlaku, itu sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Buletin TV3 di kediamannya di Kampung Pandan Dalam, Selangor di sini hari ini.
Tambahnya, seluruh ahli keluarga pasrah dan reda dengan pemergian anak bongsu mereka itu meskipun ini merupakan kali kedua anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.
Jamaludin turut sempat menceritakan mengenai pemergian abang kepada arwah yang juga maut dalam kemalangan, tujuh tahun lalu.
Katanya, Allahyarham Khairil Anuar meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan bagi merealisasikan impian arwah abangnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 3 penuntut UiTM Dungun maut, 1 cedera parah dirempuh SUV
- Anak Penolong Pengarang Berita BH antara 3 pelajar UiTM Dungun maut dirempuh SUV
- Pemandu wanita sebabkan kematian tiga pelajar UiTM direman empat hari
- ‘Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia’
- Nahas Pelajar UiTM Dungun: Mohd Ammar Danish dibenar keluar hospital
- Pemandu SUV sebabkan kematian 3 pelajar UiTM disahkan tiada lesen memandu