Oleh: Siti Khadijah Jaafar
PUTRAJAYA : Jenazah kakitangan Mahkamah Ampang, Allahyarham Yuswar Mohd Uyus yang maut dalam kemalangan lori merempuh 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara, berdekatan Presint 12, Putrajaya semalam, dituntut ahli keluarganya, hari ini untuk dikebumikan.
Terdahulu, proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya, kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.
Van yang membawa jenazah Allahyarham meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik pada jam 2.50 petang.
Turut mengiringi jenazah, isteri Allahyarham, Khairunnisa Abdul Muthalif, 39 tahun dan anak tunggal mereka, Nuriman, 12 tahun.
Jenazah Allahyarham Yuswar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves.
Difahamkan solat jenazah akan disempurnakan di Masjid Az- Zubir, Cheras.
| ARTIKEL BERKAITAN: