comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas tiga kenderaan di Jeli, empat parah 

 

KOTA BHARU: 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.

Kesemua mangsa terdiri daripada enam lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan enam wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata kejadian menyebabkan empat mangsa cedera parah manakala enam yang lain cedera ringan.

Beliau berkata kemalangan berlaku pada 2.58 petang di kilometer 28 itu melibatkan kereta jenis Naza Citra, Proton Pesona dan Perodua Axia.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.58 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.29 petang.

“Terdapat dua pemandu kereta tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut jurucakap itu kesemua mangsa dihantar Hospital Jeli untuk rawatan.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini