comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas treler dan 3 kereta: Tiga disahkan maut

FOTO: Ihsan Bomba Johor

JOHOR BAHRU: Warga emas antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya di sini, malam tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, MK Haridas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.41 malam.

Susulan itu seramai sembilan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya kemalangan membabitkan sebuah treler, Perodua Myvi, Perodua Alza dan Honda Civic.

FOTO: Ihsan Bomba Johor

“Semua mangsa itu tersepit dalam kenderaan dan sebaik dibawa keluar, mereka disahkan sudah meninggal dunia.

“Mereka yang maut adalah pemandu Perodua Alza berusia 46 tahun serta pemandu Honda Civic dan penumpangnya iaitu wanita warga emas masing-masing yang berusia 45 dan 73 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haridas berkata, pemandu Perodua Myvi berusia 40-an cedera dan pemandu treler berusia 28 tahun mengalami kecederaan pada pinggang.

“Semua mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat selain rawatan kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kemalangan maut berkenaan dan kenyataan akan dikeluarkan sebaik siasatan lanjut selesai dijalankan.

Katanya, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini