comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas treler rempuh 12 kenderaan di BKE, 4 cedera

Sebahagian daripada kerosakan yang berlaku dalam nahas babitkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE pagi tadi.

KULIM: Sekurang-kurangnya empat cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di sini hari ini.

Difahamkan, treler terbabit merempuh kenderaan itu sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.37 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Zaidi Yaacob tiba di lokasi bersama sembilan anggota.

Sebahagian daripada kerosakan yang berlaku dalam nahas babitkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE pagi tadi – FOTO: Ihsan JBPM

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamizul Azwan berkata, anggotanya bertindak membersihkan keadaan jalan dan menghindarkan jalan raya di kawasan kemalangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini