comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas treler, tiga kereta, Lebuhraya PLUS sesak 8km

KUALA LUMPUR: Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta hari ini.

PLUS Trafik dalam hantaran menerusi laman X memaklumkan, kemalangan yang dilapor berlaku kira-kira 9 pagi tadi antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu mengakibatkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.

“Setakat 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif,” menurut PLUS Trafik.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini