comscore
Tumpuan :
Nasional

Najib fail petisyen kepada UNWGAD tidak jejas badan kehakiman

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Najib Razak memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula tidak menjejaskan badan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata bekas Perdana Menteri itu mempunyai hak untuk meneliti pilihan lain atau memfailkan petisyen kepada mana-mana organisasi susulan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya.

Katanya, Mahkamah Persekutuan selesai menjalankan tanggungjawab apabila mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan. Beliau berkata demikian pada majlis Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini