comscore
Tumpuan :
Nasional

Nama tetap tertera pada kertas undi

Calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai. FOTO Danial Saad.

KULIM: Nama calon Warisan, Mohd Bakhri Hashim yang akan bertanding di kerusi parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan tetap tertera pada kertas undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah berkata, apabila nama sudah disenaraikan pada hari penamaan calon, sesiapa pun tidak boleh menarik diri untuk bertanding dalam PRU-15 ini.

Beliau berkata, dalam kertas undi itu akan tertera nama calon berkenaan.

“Memang tak boleh buat penarikan diri dan status dia sekarang ini dikira akan bertanding.

“Nama calon berkenaan akan tertera pada kertas undi untuk kotak nombor 6,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, calon berkenaan didapati masih sah bertanding kerusi Parlimen Padang Serai walaupun parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding.

Pada hari penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi- Tech semalam, Mohd Bakhri tidak hadir.

PRU-15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertempuran enam penjuru antara Bakhri dan Mohamad Sofee Razak mewakili Pakatan Harapan (PN) Datuk Sivarraajh Chandran (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) Hamzah Abdul Rahman (Parti Pejuang Tanah Air), dan Sreanandha Rao (Bebas).-HARIAN METRO

Loading...
Terkini