comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Navashen, Shafiq dominasi pertandingan AI LLM pertama di Malaysia

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PUTRAJAYA: Rasa ingin tahu dalam bidang kecerdasan buatan (AI) telah mendorong dua anak muda dari Politeknik Mukah, Sarawak menyertai ‘POLYCC Large Language Models League (LLM.L) yang pertama kali dianjurkan di Malaysia.

Tidak terlintas di fikiran M. Navashen Svraaj, 19, dan Mohamad Shafiq Mohamad Sablee, 22, untuk meraih kejuaraan dalam pertandingan kecerdasan buatan itu.

Mereka yang merupakan penuntut jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi berkata pelbagai cabaran terpaksa dilalui termasuk harus melakukan puluhan cubaan dan tambahan pula mereka tidak begitu arif dalam bahasa pengaturcaraan atau ‘coding’.

“Kumpulan kami berbeza dengan kumpulan lain, ketika kumpulan lain fokus kepada data set, kami cuba memberi tumpuan yang lebih kepada kefahaman AI, mungkin itu punca kami menjadi juara hari ini.

“Cakap tentang teknologi LLM (Model Bahasa Besar), contoh yang popular adalah ChatGPT.

“ Kita boleh nampak yang ‘prompt’ sangatlah menentukan bagaimana respon dia (AI chatbot).

“Kalau dataset dah bagus tapi ‘prompt’ tak bagus dia jadi tak baguslah tapi kalau kita kekalkan kualiti kedua-dua (dataset dan prompt) dia akan hasilkan respon yang bagus,” ujar Navashen dan Mohamad Shafiq kepada Buletin TV3.

Pertandingan yang bermula pada 13 Ogos lalu menerima 500 penyertaan dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia.

Setiap pasukan harus membangunkan model LLM untuk topik-topik berkaitan TVET di POLYCC menggunakan teknologi pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan.

Navashen dan Mohamad Shafiq ditemui ketika pertandingan akhir LLM di Putrajaya, semalam.

Lima kumpulan finalis dan satu kumpulan ‘wildcard’ bersaing untuk mengeluarkan output jawapan yang paling tepat dan lengkap daripada model LLM chatbot mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini