KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan jumlah buruh asing di negara ini sudah mencecah kadar siling bagi penggajian golongan itu seperti ditetapkan Kementerian Ekonomi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kuota pengambilan buruh asing kini berbaki 400,000 orang sebelum jumlah berkenaan mencapai siling menjelang Disember ini.
Kadar siling itu ditetapkan pada 15 peratus atau 2.58 juta buruh asing berbanding 17.2 juta sasaran tenaga kerja di negara ini.
“Ada dua kategori pekerja asing (yang mana) masing-masing berkemahiran rendah, manakala ekspatriat adalah seramai 120,183 daripada 17.2 juta sasaran tenaga kerja, mewakili hampir satu peratus.
“Bagi sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya) yang ada defisit lagi 400,000 ini perlu ditangani secara dasar. Jika kita bekukan sekarang, buah sawit tak boleh dipetik, menyebabkan negara kerugian RM2.8 bilion setahun.
“Kalau ada pekerja tempatan, pastinya syarikat akan ambil mereka dan ini adalah hakikat apabila kita lakukan libat urus dengan sektor pekerja. Ini legasi sama ketika PN menjadi kerajaan dahulu.
“Kawal selia kita adalah meletakkan siling sambil kita ‘substitute’ (gantikan) dan tidak boleh semuanya pekerja ini bergantung kepada sektor luar. Sebab itu kena ada inovasi dan automasi,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai langkah proaktif bagi memastikan buruh asing tidak mengancam kedaulatan negara, pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan asal, Saifuddin berkata China, India, Filipina, Jepun dan Indonesia adalah lima negara utama menyumbang penggajian ekspatriat di negara ini, terutama dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Beliau berkata, terdapat tiga kategori ekspatriat atau pegawai dagang yang disusun mengikut tangga gaji masing-masing RM10,000 ke atas diikuti antara RM5,000 hingga RM9,999 dan kelompok gaji RM3,000 hingga RM4,999.

Ekspatriat bayar cukai RM100 juta kepada LHDN
“Secara langsung atau tidak, mereka bayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)… selain menetap di sini, anak mereka bersekolah, melancong, perbelanjaan domestik mereka, mereka bayar bil utiliti dan melabur.
“Jadi kayu ukurnya ada dua iaitu Malaysia Productivity Corporation (MPC) mengangkat angka sumbangan atau impak ekonomi keberadaan pegawai ekspatriat di negara ini ialah RM75 bilion, menyamai 4.8 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Kayu ukur kedua adalah LHDN yang mengumpul sehingga RM100 juta cukai pendapatan daripada kelompok ini,” katanya.
Mengenai kayu ukur daya tarikan Malaysia bagi ekspatriat, katanya Kuala Lumpur berada pada kedudukan kelapan daripada 49 bandar utama dunia yang diukur, seperti direkodkan ranking Expat City 2023.
“Antara tarikan di negara ini ialah kos sara hidup secara relatifnya rendah untuk pegawai ekspatriat, diikuti kestabilan politik, selain mereka melihat potensi kerancakan ekonomi dan kemahiran dalam kalangan rakan sekerja tempatan.
“Mereka juga mudah berkomunikasi kerana penguasaan bahasa dan faktor ini menyumbang kepada kedudukan Malaysia pada ranking kelapan tahun lalu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.