Tumpuan :
Nasional

Negara di landasan tepat bangunkan ekonomi – PM

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai langkah berkaitan dasar kerajaan sedang digerakkan.

Menurut Anwar, beliau turut menyentuh perkara itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, Seremban semalam.

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.

“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata lantaran itu, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu mendukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Program berkenaan yang dibanjiri ribuan penyokong turut dihadiri pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan.

Loading...
Terkini