comscore
Tumpuan :
Nasional

Negeri tawar tanah di lokasi strategik secara percuma diutamakan bina PPR

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU:  Negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma akan diberi keutamaan untuk pembinaan projek perumahan rakyat (PPR).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,  tawaran berkenaan sudah dibuka sejak minggu lalu .

Kementeriannya berharap banyak negeri akan menawarkan tanah dengan projek akan dilaksana berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

“Mana-mana negeri yang beri tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal akan diberi keutamaan bagi pembinaan PPR kerana kita mahu mengoptimumkan kos pembinaan rumah.

“Sebelum ini, 30 hingga 35 peratus daripada kos keseluruhan pembinaan digunakan untuk pembayaran tanah yang menyebabkan kualiti rumah lebih rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar Tok Kenali, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Kaedah ini semata-mata untuk mengelak pembaziran. Tahun ini, kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi peruntukan RM387 juta untuk pembinaan PPR dan RM358 juta untuk projek rumah mesra rakyat.

Kementerian jelasnya akan mempergiatkan usaha ini bagi memastikan setiap keluarga mempunyai sebuah rumah.

Loading...
Terkini