comscore
Tumpuan :
Nasional

Nelayan asing kaut sotong di perairan negara

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Musim mencandat sotong di perairan negara menjadi tarikan nelayan asing untuk menceroboh dan mencuri hasil laut menggunakan pukat tunda gading.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Timbalan Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar berkata, berikutan itu pihaknya menahan 2 buah bot bersama 12 orang warga Vietnam.

Nelayan asing itu ditahan di kedudukan 155 batu nautika timur, muara Kuala Terengganu semalam, selepas cubaan meloloskan diri gagal.

FOTO: NSTP

“Dalam kejadian tersebut insiden kejar mengejar hampir sejam berlaku, dimana kedua dua bot nelayan cuba melarikan diri namun ditahan kapal peronda Maritim.

“Hasil pemeriksaan mendapati 12 awak awak termasuk yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan yang sah.”katanya.

Nilai rampasan termasuk  sotong dan bot dianggarkan bernilai RM3 juta.

FOTO: NSTP

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Tambahnya lagi, sepanjang tahun ini pihak APMM Terengganu berjaya  melakukan 10 tangkapan membabitkan nelayan asing dengan nilai rampasan RM10 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini